Kata-kata Aluan
Selamat datang ke Laman Web Ahli Parlimen Kuala Selangor.
Laman web ini bertujuan untuk menambahkan ruang hubungan di antara beliau selaku Ahli Parlimen Kuala Selangor dengan warga Kuala Selangor khususnya dan masyarakat amnya . Pastinya ia tidak dapat menggantikan kehadiran diri beliau sendiri dalam pertemuan sebagai seorang wakil rakyat dengan warga Kuala Selangor. Namun kekangan waktu beliau dan kesibukan harian semua pihak, penggunaan teknologi dan internet mampu meningkatkan ruang komunikasi serta kecekapan khidmat yang diperlukan. Maklumat dan keberkesanan penyampaian maklumat akan membantu untuk mencapai kelancaran khidmat itu dan laman web ini memudahkannya.
Laman web ini diselenggarakan oleh pasukan IT Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Selangor berdasarkan input dari beliau sendiri. Pelbagai kegiatan YB ini, samada berupa laporan langsung dari Pusat Khidmat atau petikan dari laporan media arus perdana atau alternatif dimuatkan dalam web ini. Oleh kerana beliau banyak menulis, khususnya dalam BI, arkib penulisan beliau juga boleh didapati dalam web ini. Beliau mahu ia dimenafaatkan khususnya oleh generasi muda bagi membolehkan perkembangan minda dan intelek serta kepemimpinan mereka yang bakal menerajui negara. Laporan penglibatan debat dan perbahasan beliau di parlimen juga cuba dimuatkan dalam web ini. Kegiatan ahli parlimen kita ini juga dapat diakses dari maklumat web ini. Bagi rakyat yang tidak punya capaian internet, YB dan Pasukan Bertindak beliau memang mengatur program turun padang untuk mendekati dan menemui rakyat secara langsung.
Dengan bantuan web ini, Ahli Parlimen dan pasukannya sangat mengharapkan bahawa janji beliau semasa berkempen dahulu untuk memberikan khidmat yang terbaik akan dapat dipertingkatkan dan beliau mahu rakyat menggunakan saluran web ini untuk menyampaikan apa jua maklum-balas serta cadangan dan teguran-mahasabah untuk membolehkan beliau berkhidmat dengan lebih baik dan berkesan lagi. Akhir kata atas apa jua kelemahan kami selaku hamba Allah yang tidak sunyi dari kekurangan dan ketidaksempuranaan kami pohon ribuan ampun dan maaf.
Atas penerusan sokongan dan kepercayaan rakyat Kuala Selangor kepada YB Ahli Parlimen Kuala Selangor yang tuan-tuan pilih, yang kini sudah melepasi Satu Tahun Kerajaan Pakatan Rakyat, maka kami turut merakamkan jutaan terima Kasih.
Menghayati Kepemimpinan Berintegriti dan Kerajaan Berkebajikan.
Sekian, Terima Kasih.
bp YB Dr. Dzulkelfy Ahmad
Ahli Parlimen Kawasan Kuala Selangor.
































Assalamulaikum wrt wbt
YB Dr Dzul,
Jemput singgah ke blog PAS Shah Alam 2 di http://shahalam2.blogspot.com,
dan Blog PAS Jeram di http://jeramkini.blogspot.com.
Terkini di blog ialah perasmian penutup Ihtifal PASTI Ibnu Sina, Shah Alam 2.
Wassalam
Akhukum fi dDin
Khairol Azli Mohamad
Salam Dr Zul,
I have posted twice with regards to water rate for apartment unit in Puncak Alam.
I can be contacted at 017 3303038 for more details.
Wassalam
Zul
http://ahmadtarmizi.blogspot.com/2008/11/sembang-dengan-ahli-parlimen-kuala.html
salam Dr Dzul,
saya ada beberapa isu yang ingin dibangkitkan dan sekiranya ianya sesuai mungkn boleh dijadikan buah bicara YB di parlimen nanti.
1. mengenai intellectual property pelajar2 malaysia yang dihantar ke luar negara untuk mengikuti pengajian peringkat PhD. Sejauh mana mereka2 ini dibekalkan dgn ilmu IP ini? rata2 ypelajar yang dihantar lebih menjurus kepada bidang2 kritikal utk negara dan kajian2 yg dilakukan mempunyai nilai komersial yang tinggi. harta intelektual milik negara ini tidak dilindungi secara sewajarnya. Pelajar pula tidak dibekalkan dgnilmu ini selain dari momokan2 rasis dari BTN. Akibatnya IP ini menjadi milik universiti luar negara dan pelajr sendiri oleh kerana kenaifan mereka, akhirnya menjadi pengemis kpd universiti tersebut sekiranya mereka hendak mengkomersilkan hasil penyelidikan mereka. Berapa banyakkah kerugian yang ditanggung oleh kerajaan sekiranya kajian2 yang mempunyai nilai komersil yang tinggi ini dibangunkan oleh negara lain? Kebanyakan pelajar tidak pengerti aspek IP ini dan natijahnya duit yang dilaburkan oleh K’jaan tidak mendapat pulangan yang sewajarnya. Saya cadangkan institusi tempatan melalui Kem. Pengajian Tinggi membuat MOU dari peringkat awal lagi dgn universiti luar negara mengenai pengkomersilan hasil penyelidikan pelajar kita. Ini secara tidak langsung memiliknegarakan khazanah IP ini dan dapat menembusi pasaran antarabangsa. Juga, sekiranya penyelidikan berkaitan material yang mungkin sesuai dgn industri permotoran, maka dicadangkan pelajar melalui universiti2 tempatan yang diwakili mereka mengadakan MOU awal dgn industri permototran tempatan spt proton dan sbgnya.
2. Pusat Komersial di Universiti
Bagaimanakah keberkesanan pusat2 ini dalam mengangkat hasil penyelidikan dan memberi nilai komersil kpd penyelidikan tersebut. kenapa tidak digabungkan kesemua pusat pengkomersialn dari universiti2 tempatan ini supaya pusat ini dpt diperkasakan. Kwujudan banyak pusat seperti ini mungkin kurang berkesan kerana diterajui oleh mereka2 yang tidak berkemampuan kerana biasanya pusat2 spt ini akan diwakili oelh pensnyarah universiti yang mungkin pengetahuan serta kemampuan dalam aspek mengkomersilkan produk penyelidikan boleh dopertikaikan. Mungkin lebih molek sekiranya pusat2 ini diterajui oleh mereka yang profesional dan pensyarah melaksanakan kepakaran mereka iaitu membuat penyelidikan. sekiranya pusat-pusat ini dapat digabungkn, pusat gabungan akan mempunyai fokus dan lebih terarah dalam memasarkan hasil penyelidikan mereka dan arah tuju penyelidikan akan lebih meluas dan akan wujud kerjasama penyelidikan antara universiti2 tempatan. Kesimpulannya, resources kepakaran dapt disatukan dan disalurkan ke arah menghasilkan lebih banyak kumpulan-kumpulan penyelidik. Ratio pembahagian hak dan faedah mesti dijelaskan diperingkat awal dan mesti dimiliki oleh penyelidik bukannya pemasar.
Terima kasih.
Rizal Abu Bakar
Canberra, Australia
Salam Rizal, this may be avery delayed response but i wish to tell u that i appreciated ur post though didn’t have time to respond then, Will revist the issue. PLs keep in the loop. Thnx. Best Wishes. Salaam to bros in DownUnder.
Assalamuaalaikum…
YB Dr Dzul,
Terdapat beberapa isu yang ingin saya keutarakan untuk pandangan dan mungkin tindakan YB selaku insan yang yg telah diberi amanah mewakili rakyat di kawasan Parlimen KS.
YB dilihat insan yang telah terpilih dengan kurniaan ilmu dan kuasa sebagai wakil Ahli Parlimen. Saya amat menyanjung tinggi keupayaan dan kredibiliti YB dalam menyampai hujah dalam bentuk ceramah/usrah atau tazkirah. Inilah yang memang sewajarnya dilakukan oleh pemimpin bagi berkongsi ilmu anugerah Illahi kepada masyarakat disekelilingnya. Namun saya amat kesal bila aspek kuasa yang telah YB perolehi dibacarakan. YB mungkin prihatin di kasawan kejiranan lain namun bukannya di kawasan saya iaitu di Desa Coalfields. Dimanakah kredibiliti YB dalam usaha menyelongkar kehendak dan keperluan penduduk di situ dan seterusnya membantu menyelesaikannya dalam bentuk peruntukkan? Isu sekolah, umum telah mengetahui perjuangannya sudah sampai kepenghujung apabila Kerajaan Pusat bersetuju membina sekolah dan kerja-kerja pembinaan sedang giat dilaksanakan.
Dimanakah kedudukan YB dalam kebajikan infrastruktur yang lain? Sumbangan dalam penganjuran program yang memberi manfaat kepada penduduk? Seteruk-teruk kerajaan BN sebelum ini yang sering dikutuk/diperlekeh, ada juga peruntukkan yang disumbangkan untuk menampung keperluan penduduk dalam penganjuran program atau pembangunan infrastruktur di Desa Coalfields. Saya berharap agar kuasa yang ada pada YB dapat diguna untuk kebaikan penduduk yang merupakan pengundi di Kawasan KS.
Terdapat beberapa pembangunan infrastuktur seperti Gelanggang Bola Tampar, penambahbaikkan Padang Awam dan pembinaan pagar untuk tujuan keselamatan yang telah dibina oleh penduduk sendiri hasil dari sumbangan rumah ke rumah dan persatuan penduduk yang ada di situ.
Besarlah harapan saya, setelah lebih setahun memerintah, tunjukkanlah kredibiliti YB sebagai pemimpin yang berkualiti dengan meninjau dan mengetahui kehendak rakyat peringkat akar umbi. Janganlah terlalu asyik dengan isu bersifat global dan isu-isu nasionak tanpa mengendahkan mereka yang telah memilih YB. Fikirkan dulu kehendak masyarakat setempat, kalau bukan kepada YB, pada siapa lagi mereka hendak mengadu?
Sekian.
‘Swine Flu’ sedang merebak di serata dunia. Vaksin untuk ‘flu’ ini akan mula diedarkan pada bulan Oktober. saya ingin meminta YB membuat sedikit kajian ilmiah atas kemungkinan ‘flu’ ini di’manufactured’ di dalam makmal dan vaksin tersebut adalah merbahaya kepada manusia.
Di sini ada sedikit bahan yang saya harap YB boleh gunakan pada peringkat awal.
http://video.google.com/videoplay?docid=-8674401787208020885#
http://www.godlikeproductions.com/forum1/message878152/pg1
Terima kasih.
Saya tak ada kapasiti utk tujuan tersebut buat masakini, saya minta sdr tlng saya utk teliti perkara ini dan come back to me bila mendapat findings yg interresting. TK
Inilah sikap Pakatan Rakyat bukannya tahu buat apa pun, harapkan orang lain selesaikan saja. Masalah macam-macam negara ini bukannya ada peranan dari Pakatan Rakyat untuk selesaikan, semuanya diuruskan oleh Barisan Nasional, Pakatan Rakyat hanya penyibuk yang mengeruhkan suasana untuk kepentingan politik mereka. Kalau jenis tak reti apa macam Pakatan Rakyat ini, beginilah jadinya cakap saja pandai, tapi tindakan pandir, semuanya diharapkan kepada kerajaan, tak ada langsung usaha untuk membantu, asyik menyalahkan orang saja, itulah kerja mereka, Pakatan Rakyat penipu.
Dear YB Dr Dzulkefly,
I am proud to have you as my the MP for my home town Kuala Selangor. Though I am now living overseas, I always call KS my home. I cherished my childhood years when I spent time playing with my Malay friends in Batu 20, Jeram. I look forward to the day when I can mix and play again with friends of different races. I see you as the agent of change to make it happen. May God bless you as you strive to serve the Rakyat with integrity, accountability and fairness.
Dear Aaron,
Thnx for your gracious words and good wishes. We are all working hard to ensure that we have a better Malaysia and let our children inherit this legacy. It’s a daunting task, I must say, but do it we must. Together it will a lot lighter.
Best Wishes and Kind reagrds.
Selamat sejahtera,
YB Dr. Dzulkelfy Ahmad dan Pasukan,
Diharap dapat pantau kerja MDKS utk lampu rosak di Bandar Baru Puncak Alam. Jawapan dari MDKS mengatakan kerja-kerja pembaikan akan dilaksanakan dengan segera setelah peruntukan diluluskan.
Diharap pihak tuan dapat pantau peruntukan utk gantikan lampu rosak, supaya kerja kerja pengantian lampu utk Bandar Baru Puncak Alam, khusus jalan utama menuju ke Surau Al-Furqan dan Jalan utama di Fasa 3, Bandar Baru Puncak Alam
Tengok, mana ada respon dari Y.B. Pakatan Rakyat seperti Drs. Dzul ini, dia hanya tahu menyalahkan orang tapi tak reti nak ambil tindakan untuk betulkan keadaan, menambahkan kekusutan adalah, makin teruk jadinya. Inilah Pakatan Rakyat, cakap saja pandai, tapi tindakan pandir, kalau dasar penipu itu, penipu juga, Pakatan Rakyat penipu, perosak dan tak reti buat kerja, hanya tahu ceramah maki hamun, hasutan dan demontrasi liar saja.
Salam…, YB Dr Dzul…, diharap dapat mempercepatkan tarikh perjumpaan dengan PAS Cawangan Jaya Setia, T.K.
Sdra Harun, telah saya beritahu kpd sdr Maskor utk susun segera.
Tengok kalau melibatkan politik, cepat saja beri maklum balas, tapi kalau untuk pembangunan rakyat, untuk kemudahan rakyat, buat-buat bodoh saja. Pakatan Rakyat kaki kelentong.
Who is the Corporate genius who came up with the TALAM DEBT RECOVERY scheme?
Salam…, bila program turun padang MP akan dijalankan di Kg Jaya Setia seperti yang diberitahu dari bulan Mac 2010 lagi.
Mana Pakatan Rakyat nak peduli program-program kemasyarakatan ini. Program kemasyarakatan seperti gotong royong, sukan rakyat, membantu golongan susah hanya dibuat oleh Barisan Nasional, sedangkan Pakatan Rakyat kalau nak lihat tindak balas segera dari mereka adalah ceramah maki hamun, hasutan dan demontrasi liar, sanggup keliling negara untuk ceramah maki hamun, hasutan dan demontrasi liar, tapi untuk program kemasyarakatan, mereka akan liat sangat nak sertainya. Itulah, Pakatan Rakyat, cakap saja lebih, penipu saja. PAS penyokong komunis, Pakatan Rakyat perosak negara.
Lihatlah dari tahun bulan Mac 2010, langsung tak ada maklum balas, kalau ada cadangan nak buat demontrasi menghentam kerajaan, dengan segera akan beri maklumbalas, tengah malam pun sanggup datang untuk buat rancangan demontrasi liar itu. Inilah Pakatan Rakyat, cakap saja besar, tapi penipu. PAS penyokong komunis.